Wednesday, November 23, 2011

SEMINAR ICT & MEDIA BARU PAS MERBOK


Dengan keperluan penguasaan dalam ICT bagi menghadapi PRU13 tidak lama lagi, Lajnah Penerangan Dakwah & ICT, Dewan Pemuda Pas Kawasan Merbok (DPPKM) akan menganjurkan Seminar ICT & Media Baru Pas Merbok pada Ahad 27 Nov 2011 . Program tersebut akan bermula jam 9.00 malam bertempat di Dewan Umar Mokhtar , RFC Lagenda Heights, Sungai Petani.
DPPKM ingin menjemput semua ahli/pemuda Pas terutamanya yg berpengetahuan dlm bidang IT (blog,FB,Tweeter dll) dijemput hadir menyertai seminar tersebut.
Bawa bersama laptop,notebook dan broadband atau telefon android,ipad, tablet dan sebagainya jika ada.
Siap siaga...gendang dipaluuuu....!!!

Wednesday, November 2, 2011

MULTAQA PENDAKWAH PAS

Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat akan mengadakan Multaqa Pendakwah PAS pada 12 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM, Taman Melewar.

Pegawai Penerangan PAS Pusat, Mohd Shahir berkata, tujuan program itu diadakan ialah untuk menghimpunkan seramai mungkin para dai'e yang telah berada di medan dakwah bagi menyelaraskan tugas dakwah dan tarbiyah kepada masyarakat di samping memahami beberapa isu semasa yang berlaku dalam negara serta mencari kaedah berkesan bagi memenangkan perjuangan Islam di negara ini.

Katanya, beberapa amanat penting dalam ucaptama akan disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bakal membawa tajuk Pendakwah Sebagai Duta PAS pada sebelah pagi yang akan diikuti oleh pembentangan kertas kerja pertama oleh Dr Dzulkefly Ahmad bertajuk Isu-isu Besar Negara.

Kertas Kerja kedua pula akan dibentangkan oleh Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat bertajuk Hudud- Satu Keperluan, seterusnya Konsep Negara Berkebajikan akan dibentangkan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat.

“Semoga multaqa ini dapat mengeratkan silaturahim dan menjadi medan pertemuan para pendakwah tanah air dari pelbagai tempat dan latar belakang,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program multaqa itu, bolehlah menghubungi Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat di talian 010-5667528 atau beliau sendiri di talian 019-2153225.